Skip to main content

PAKEJ AKIKAH 2024

  


Tahun 2024

Bagi umat Islam yang baru sahaja menyambut kelahiran bayi, satu perkara yang boleh dibuat adalah untuk mencari pakej aqiqah untuk meraikan cahaya mata baru mereka.

Pada masa kini, semakin banyak syarikat menawarkan pakej-pakej yang boleh menyukarkan anda untuk membuat keputusan.

Jika anda dalam situasi ini, anda berada di tempat yang betul kerana kami akan menceritakan tentang ibadah aqiqah serta pakej aqiqah yang anda boleh dapat dengan kami.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah!

Info berkenaan Akikah!!

Sebelum kami menceritakan tentang pakej aqiqah menarik , kami akan menerangkan kepada anda tentang ibadah aqiqah supaya anda lebih fahami.

Pengertian Aqiqah

Menurut maksud bahasa ertinya, aqiqah adalah ‘“rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Ini menurut pendapat dari Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Bagi istilah hukum syarak pula, aqiqah adalah:

“penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Bagi mazhab Syafi’e, hukum aqiqah adalah sunat muakkad. Ini menurut pendapat Imam Syafi’e dan boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

(Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Namun, ia sangat disarankan untuk anda membuat aqiqah untuk anak anda kerana ia dapat memelihara bayi anda dari golongan syaitan di dunia dan akhirat. Ini ditegaskan oleh Ibnu Al-Qayyim.

Rasullah SAW juga bersabda tentang hal ini iaitu:

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

Syarat Sah Aqiqah

Anda juga perlu mengambil tahu sebelum mencari pakej aqiqah tentang syarat sah aqiqah yang perlu diikut supaya tiada masalah dalam ibadah tersebut.

Berikut adalah syarat sah aqiqah:

        1.     Niat Penyembelih

Seperti biasa, niat adalah syarat sah pertama bagi ibadah aqiqah. Niat ini perlu ada semasa membeli dan menyembelih binatang tersebut.

Anda tidak perlu berada di tempat penyembelihan namun penyembelih perlu berniat dengan nama anak anda.

        2.     Binatang Ternakan Berkaki Empat Tidak Cacat

Binatang yang akan disembelih juga perlu berada dalam keadaan yang sempurna iaitu tanpa cacat dan sihat. Jika tidak, maka ibadah aqiqah ini tidak sah.

Pastikan pakej aqiqah yang anda pilih akan menggunakan haiwan yang dalam keadaan bagus supaya anda tidak akan bazirkan wang anda.

        3.     Syarat Penyembelihan Dipenuhi

Syarat penyembelihan juga perlu dipenuhi supaya ibadah aqiqah anda sah. Antara syarat-syarat tersebut adalah:

  • Penyembelih beragama Islam, mumayyiz, berakal dan bukan dalam keadaan ihram
  • Binatang tersebut halal dimakan, mati dengan satu penyembelihan dan putus urat halkum dan urat merih.
  • Menyebut nama Allah
  • Alat sembelihan yang digunakan adalah tajam

        4.     Binatang Cukup Umur

Syarat sah aqiqah yang terakhir adalah binatang yang akan disembelih perlu cukup umur. Berikut adalah syarat umur bagi binatang aqiqah:

  1. Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  2. Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  3. Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  4. Unta: melebihi lima tahun

Syarat Aqiqah Anak Lelaki Dan Perempuan

Sila dengar penjelasan UAI dan fahami.


Pakej Akikah Di Juza Food & Beverage

Kami akan menceritakan kepada anda pakej akikah menarik yang anda boleh dapat dengan kami!

http://nasiberingin.juza.biz.my

http://nasiberingin.juza.biz.my

http://nasiberingin.juza.biz.my

NOTA PAKEJ AQIQAH
  • Bagi penambahan pax RM9 seorang. Contoh RM 9 x 100 = RM 900+ 2999(pakej)
  • Bagi penambahan khemah RM400/Unit
  • Bagi penambahan kambing seekor untuk masak berkuah RM 1200
  • Bagi penambahan kambing golek seekor RM1500(termasuk kondimen)
  • Bagi pertukaran kambing sedia ada kepada kambing golek RM 700(cas tambahan)

TERMA DAN SYARAT

  • Bayaran deposit sebanyak 50% untuk tempahan (Non-Refundable). Tempahan perlu dibuat 2 minggu lebih awal. Bayaran baki perlu di selesaikan dalam tempoh 7 hari sebelum hari majlis.
  • Tempoh perkhidmatan pelayan bagi servis kambing golek adalah selama 4 jam.
  • Caj pengangkutan bagi servis kambing golek adalah percuma bagi kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan kawasan sekitar.

Comments

Popular posts from this blog

Package Katering Majlis Pertunangan

  Pilihan Package Dengan Harga Berbaloi Baloi Kami Menyediakan Pelbagai Pakej TAPAU Untuk Memenuhi Kehendak Anda.

Nasi Beringin Set

Nasi Beringin Juza adalah antara makanan yang popular di negeri JOHOR, kini anda boleh merasakan keenakan Nasi Beringin Juza di sekitar Lembah Klang terutama kepada mereka yang duduk di Kawasan Kajang, Bangi dan Seri Kembangan. Nasi Beringin Juza menggunakan beras Basmathi Premium sebagai pilihan utama. Dengan Nasi sepanjang 22mm memang amat menyelerakan dengan AROMA Nasi yang menusuk kalbu.. Penyediaan beras dengan 5x basuhan bagi mengurangkan kandungan kanji dan membuatkan nasi berderai setelah dimasak. Menggunakan Teknik kukus yang akan menyebabkan Nasi Beringin Juza sentiasa menyelerakan untuk di makan. Tidak lupa juga dengan Keenakan lauk pilihan ramai tak lain dan tidak bukan adalah Ayam Masak hitam dan Daging Masak Hitam. AROMA herba yang digunakan memang amat menyelerakan. Ada rasa pedas, masin dan manis yang memang sesuai dihidangkan dengan NASI BERINGIN JUZA. Kena pulak di makan dengan ROJAK PENCUR yang dihiasi dengan Nanas MD2, Timun Jepun, Cili Merah, Carrot dan Bawan...